Nilai dan Fikir

Assalamualaikum

Jari jemari menari, menyusun aksara satu persatu, meluahkan bicara melalui tulisan tanpa berlengah masa memecut ke hadapan tanpa toleh ke belakang. 

Tulisan menggambarkan kita. Bahasa mencerminkan diri kita. Kau manusia. Aku juga manusia. Punya otak yang sama. Akal kita menceritakan setiap luahan bicara kita. Hati hanya 'kawan' kepada akal. Ikut hati mati ikut rasa binasa. Mati kerna apa? Mati kerna bermain dengan emosi. Binasa kerna apa? Binasa kerna akal tak bergerak seiring berfikir dengan bijak. 

Tanya pada diri. Lihat dunia sekarang. Nilai manifestasi yang di jual. Mana hak kita? Mana janji mereka? Di mana keamanan yang selama ini hilang lesap? 

Aku kerdil. Suara aku hanya didengar Dia sahaja. Aku lemah. Tiada setanding dengan kebesaranNya. Balaci? Kau seorang balaci kepada 'mereka'. Kau marah? Kau berang? Lantas aku sarankan..

Berfikir dan bergerak!

Wassalam.