Mithali Seorang Kakak

Dear adik,

Kakak tahu kalian pasti terkezut dengan kehadiran beribu aksara di sini. Takpe tak perlu buat muka terkejut acah acah lee kwang soo sebab sangat buruk. Kakak tak nak adik adik kene hina. Mohon back to normal reaksi muka kalian.

Adiks, sudah lama kakak mahu pesan kepada engkorang. Tetapi, kekangan sentiasa menjelma untuk melewatkan madahan kakak ini kepada engkorang. Tujuan kakak menulis surat yang tak berapa nak rasmi ini, tapi kakak rasa memang tak rasmi pun. Yelah nulis kat blog rasmi apanya. Mohon jangan bagitau cikgu engkorang okay. Nanti cikgu kata engkorang kurang bijak. Kakak taknak korang kene hina. Tapi kakak perasan lelebih pulak kakak merepek kan? Pesannya tak pulak keluar keluar. Okok ini serius kakak nak pesan kat enkorang nih. Sediakan tisu satu kotak ye.

Pertama, jadilah adiks yang berguna untuk ibu ayah dan kakak. Tahu kenapa? Sebabnya kalau engkorang jadi adiks yang berguna semua orang akan sibuk nak berdamping dengan engkorang. Kakak memang suka adiks kakak ramai pendamping, ramai kawan, ramai boyprengirlpren, ramai peminat ni. Yelah bila ramai nak dekat dengan kita rasa dihargai you know. Engkorang wajib rasa perasaan cenggini. Baru korang boleh digelar adiks kakak. Ibu dan ayah pasti bangga dengan engkorang.

Kedua, bila orang asing tanya "kau tengok running man tak?". Maka adiks jawablah dengan selumber dan tegas "indahnya iman slot rancangan fevret aku." Yang benarnya adiks hanya nonton rancangan indahnya iman itu hanya sekali je seminggu tapi adiks kene tahu impak kepada orang asing tu sangat besar. Kita kene ajar sinis dan sindir sikit kepada orang yang lagha dengan korea. Siapa mereka kepada kita. Kalau adiks layan channel kbsw mahupun one tiada manfaat yang adiks dapat. Tetapi, kalau adiks layan oasis inshaAllah kebahagiaan ketenangan akan adiks temui. Jadilah adiks yang tidak termakan dengan bahasa orang asing macam korea tu. Kakak tau tatkala adiks baca perenggan kedua ini pati adiks sindir kakak kernanya kakak peminat tegar drama korea. Maafkan kakak, adiks.

Ketiga, belajar rerajin. Sudah penat kakak pesan kepada adiks supaya belajar rerajin. Belajar belajar belajar. Pelajaran je yang akan mengubah kehidupan kita. Maksud kakak di sini ilmu tu akan menunjukkan siapa kita akan datang. Kakak tak kisah adiks minat sekian sekian tapi belajar sampai menyeberangi laut china selatan. Apa adiks tidak teringin ke belajar bersama orang bermata biru berambut karat dengan menggunakan scottish accent. Tanamkan azam dalam diri adiks. Jangan risau jika adiks ditempatkan di bumi asing kelak duit elaun cukup untuk adiks buat sarapan minum starbucks.

Keempat, jangan bercinta di usia muda. Pehh ini kakak tak sabar nak pesan tapi kene ikut flowlah. Ikut mana penting dulu. Couple usia muda ini adiks menyusahkan dan boring. Kakak lihat kawan kakak semua cinta usia muda. Hidup mereka tak bebas. Asik asik call tanya kat mana, dengan siapa, makan apa, berak dah ke belum. Apa takde keje lain ke nak tanya apa orang buat. Boring kan adiks? Jadi meh kakak nak share prinsip dengan adiks. Kita tukar cinta usia muda tapi nikah usia muda. Giteww! Kakak cakap macam nih kerna kakak taknak adiks frust tertonggeng tonggeng. Kakak sedih lihat adiks kakak orang siat perasaan emgkorang. Kalau kakak siat kulit adiks takpelah boleh buat daging bakar. Ehh kakak gurau je. Janganlah sentap sangat. Kakak nak adiks pakai prinsip ini. Tapi adiks lelaki kumpul duit dulu okay. Kakak taknak nanti anak bini adiks kakak kebulur macam somalia. Nanti kakak sedih. Ingat, kalau kita nikag muda syaitan akan menangis. Tak ke seronok buat syaitan menangis?

Akhir sekali, yang ini kakak sebak sikit. Kakak nak pesan lari mana pun engkorang tapi jangan sesekali lupa ibu dan ayah. Mereklah tunjang kehidupan kita. Tanpa mereka siapalah kita siapalah nak taja makan minum kita. Restu mereka makan berkatlah hidup kita. Tatkala ini kakak rindu sangat ibu dan ayah. Adiks, sementara engkorang dekat bersama mereka sayangilah rapatilah ciumilah mereka. Jangan malu jangan segan kerna mereka ibu ayah kita. Kalau ada yang cuba hina ibu ayah kita, adiks bawak naik stage wrestling tu lepastu ajak bergusti. Bergusti lidah lagi bagus. Kata kata ni lagi binasa daripada pukulan yang bisa buat dia lebam. Kasi insap sikit dengan kata kata adiks. Kakak percaya adiks mampu lakukan terbaik.

Adiks, sampai di sini sahaja nukilan ke olahan ke surat ke apa apa jelah yang mampu kakak coretkan untuk engkorang. Kakak harap engkorang jadi harimau yang sungguh kuat bila kakak balik Mesia nanti.

Salam sayang,
Kakak ketot